[UPDATE] JEMAAH TABLIGH MALAYSIA TAK TERLIBAT



TABLIGH MALAYSIA TAK TERLIBAT





Surat Rasmi di atas yang dikeluarkan oleh Markaz Dakwah dan Tabligh Masjid Seri Petaling menafikan penglibatan jemaah mereka dalam menghantar wakil ke satu ijtima' yang diadakan di Sulawesi, Indonesia. 


Jemaah tabligh kini dikhabarkan telah terpecah kepada dua iaitu SA = Syura Alami, group yang buat ijtimak besar-besaran di Sulawesi sekarang dan MA = Maulana Saad, group yang cenderung kepada kepimpinan Maulana Saad, cucu kepada Maulana Ilyas al-Kandahlawi.


Ijtima itu bagaimanapun telah dibatalkan atas arahan pihak berkuasa Indonesia. Jumlah peserta dari Malaysia yang dilaporkan oleh Wisma Putra adalah seramai 89 orang.



Pihak Masjid Seri Petaling menafikan wakil mereka hadir dalam ijtima tersebut. Mengikut laporan dari ahli tabligh, mereka yang terlibat adalah dari Kumpulan Tabligh Syura Alami dan tidak memberikan ketaatan terhadap arahan dari Markaz Masjid Seri Petaling.



Semoga posting ini memberikan pencerahan kepada berita yang telah dipost oleh kami sebelum ini. Terima Kasih


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?