Subscribe News Feed Subscribe Comments

Masa Lapang Yang Membunuh…

Assalamualaikum..

Syukran kepada ukhti thoyyibamurshidah yang menyedarkan daku tentang keadaan blog yang semakin usang ini. Sungguh kehidupan pada akhir semester ini agak sibuk. Tetapi jika mahu dibandingkan kehidupan di matrik jauh lebih sibuk jika mahu dibandingkan dengan keadaan di sini. Mungkin juga kerana sudah hilang keberkatan pada waktu lantaran terlalu banyak melakukan perkara yang tidak berfaedah.


"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-Asr:1-3)

Maka benarlah firman Allah S.W.T yang telah bersumpah dengan masa. Hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sahaja telah menduduki kedudukan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada mereka yang berusaha bersama membawa panji-panji Islam ke seantero dunia demi menegakkan kembali daulah Islamiyah.

Wahai Pemuda-pemuda Islam,

Aku sebenarnya cukup bimbang dengan diriku dan juga kalian semua kerana terlalu asyik dengan kelapangan masa yang diberikan Allah itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Kadangkala waktu lapang inilah yang telah menjadikan kita semua semakin lalai dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Kita lupa bahawa satu hari nanti kita akan dimatikan lalu dimasukkan ke dalam kubur lalu akan ditanyakan tentang segala amalan kita.

Wahai pemuda-pemuda Islam,

Lupakah kalian terhadap perjuangan-perjuangan yang pernah dititipkan oleh Rasulullah demi mahu menyampaikan Islam di seluruh muka bumi ini?. Lupakah kalian bahawa perjuangan menegakkan Islam ini telah disambung oleh semua pejuang-pejuang Islam yang seterusnya?. Nama-nama seperti Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna, Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Ar-Rantissi telah lama meninggalkan kita.

"masa yang ada pada kalian sedikit sedangkan tanggungjawab yang ada pada kalian lebih banyak daripada masa tersebut, maka gunalah masa tersebut sebaiknye untuk perkara yang berfaedah" (Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna)

Masih aku ingat kata Naqibku sewaktu program usrah denganya "hanya mereke yang menegakkan Islam dalam dirinye akan merasai Islam tersebut" katanya sewaktu mengulas buku Usrah dan Dakwah, Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Demikianlah saudara-saudara seIslamku. Diri ini amat mengharap agar kalian bersamaku kembali bangkit menyemai semula benih-benih perjuangan di Bumi ALLAH ini. Aku khususkan coretan ringkas ini buat sahabat-sahabat seusrahku di IPGM kampus Pulau Pinang dan juga kepada semua penggerak Islam di bumi IPGM ini.Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian..Perubahan pasti akan berlaku di bumi ini. TAKBIRR!!

Terima kasih buat Naqibku kerana banyak mencurahkan ilmu kepadaku walaupun seketika. Semoga terus menerus dalam kerja dakwah ini.

Wassalamualaikum warahmatullah…






-pic mase kat taman tun..tym sarapan ngan geng2 usrah. Tq to akhi izuan coz alwayz sponsor kete untuk kteorang..:-)

Perkara 512: Dimana Jati Diri Perlembagaan Malaysia??

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana memberi peluang untuk kembali mencoret sedikit pendapat didalam blog ini. Tentu ramai yang memikirkan tulisan ini tentu saja mahu menghentam kerajaan. Sebelum anda mulai membacanya, tukar dahulu pemikiran anda bahawa tulisan ini hanyalah mahu menerangkan kecelaruan sebenar terhadap Federal Constitution of Malaysia (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


 

Saya berasa amat terkejut baru-baru ini. Kadang2 terasa seperti hendak tergelak. Kenapa kerajaan beria2 sangat nak melaksanakan 'bulan bahasa'?. Sedangkan dasar kontroversi 'PPSMI' masih lagi belum ada jawapan disebalik dolak-dalik kerajaan berhubung pemansuhannya. Timbalan Perdana Menteri Malaysia secara tiba2 menjadi "hero" bagi bulan bahasa pada tahun ini apabila mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan dan semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan ini. Di IPGM saya juga tidak ketinggalan. Setiap pagi akan terdengar suara lagu Bahasa Jiwa Bangsa dari corong speaker yang telah uzur. Bila terdengar lagu itu, hati saya pasti terdetik "ini semua lagu retorik nak menyedapkan keadaan".

Bukanlah saya ingin membantah pelaksanaan Bulan Bahasa ini, tetapi seperti ada sesuatu yang dikenali sebagai "cakap tak serupa bikin" didalam pelaksanaan kempen ini.

 
minda muslim kelas pertama berkualiti global | TNB