123 KES BARU, 2 KEMATIAN PADA HARI KE 5 PKP: COVID-19
PENURUNAN SEDIKIT JUMLAH KES BARU
Penurunan kes baharu pada hari ini memberi sedikit kelegaan namun masih terlalu kecil dan kurang signifikan.Berikut adalah posting status FB Ketua Pengarah Kesihatan
"Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.
Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis
Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia"
Semoga kita semua terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas Komen yang di beri