Apa yang patut kita tahu. 17 Mac (SEMALAM)

[TERKINI] 17 MAC 2020 (SEMALAM)

SUMBER: KKM




KEMATIAN PERTAMA

Kematian pertama telah direkodkan di Sarawak dan Johor. 

Kematian 1: Kes 178 adalah kes yang termasuk dalam Kluster Jemaah Tabligh di Sri Petaling. (Umur 34 tahun)

Kematian 2: Kes 358 pula adalah melibatkan seorang warga emas yang mempunyai tahap kesihatan yang agak rendah. (Umur 60 Tahun)

Peningkatan sebanyak 120 kes kepada 622 Kes. 12 orang dok ICU. 

APA NAK BUAT HARI NI??


So, hati2 semua. Tak kira tua atau muda dah ni. Patuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh KKM dari masa ke semasa. 

Yang mana CUTI hari ni, duduk je di rumah tu. Tak perlu buat pergerakan jika tiada keperluan mendesak. Tak perlu jadi macam semalam, semua panik untuk balik ke kampung halaman. Semalam dah ramai sangat yang nak pergi ambil borang nak balik rumah tu kenapa? Pelik betul lah. Korang tak tahu ke apa dah jadi di Italy. 

PANIC BUYING


PENTING! Tak perlu buat panic buying. Tiada keperluan pun nak buat panic buying. Stok cukup, jangan risau. Secara tak langsung korang beri kesan kepada golongan2 yang tak berapa ada duit ni. Datang supermarket hari ni, tiba2 dah tak de barang yang nak beli hari ni

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?