Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel #Pandemic

SOLATLAH DI RUMAH KAMU, SERU IMAM BESAR MASJIDIL HARAM: COVID-19

Imej
SOLAT DI MANA KAMU BERADA Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Dr Abdul Rahman Bin Abd Aziz As Sudais pada 21 Mac 2020  menyeru semua kaum muslimin di sekitar Makkah untuk bersolat di rumah masing-masing demi menjaga keamanan dan kemaslahatan Masjidil Haram. Perkara itu dinyatakan dalam twitter rasmi @reasahalharamain. Terjemahan teks di atas: "Marilah bersama-sama kami menjaga keamanan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan bersolat di rumah kamu. Semoga Allah menerima amalan kita semua" Seruan ini jelas sekali sejajar dengan usaha yang dijalankan di Malaysia yang turut mengarahkan kesemua masjid ditutup bagi tujuan kawalan pergerakan sejak 5  hari yang lalu. InsyaAllah, bagi yang istiqamah solat jemaah di masjid, moga Allah tetap mengganjarinya walau solat di rumah. آمين يا الله يا ربَّ العالمين. Arab Saudi dalam kenyataan berita pada hari ini turut mengumumkan Perintah Berkurung di seluruh negara itu bermula jam 7 petang hingga 6 pagi pada setiap ...

83 Rakyat Malaysia Masih Join Ijtima' di Indonesia: COVID-19

Imej
MASIH BERANI KE LUAR NEGARA DALAM SITUASI SEBEGINI Status FB salah seorang peserta yang akan menghadiri Ijtima Dunia Zon Asia 2020 (Dibatalkan) Dalam satu update FB milik Yusuf Umar Abdul Azis, menyatakan terdapat 83 orang rakyat Malaysia yang masih berada di Gowa, Indonesia. Mereka dipercayai sedang menghadiri satu majlis Himpunan beramai-ramai. Namun tak dapat dipastikan apakah itu Himpunan Tabligh ataupun Himpunan lain-lain. Tapi yang peliknya kenapa masih ada rakyat Malaysia yang berani membuat perjalanan ke luar negara dalam saat2 begini. Di Indonesia sahaja mencatatkan 14 kematian pada hari semalam (18 Mac 2020). Diharapkan mereka ini kekal di sana sehingga wabak ini pulih sepenuhnya. Tak payah susah2 balik. PANDANGAN ISLAM TENTANG TRAVEL SEMASA WABAK Dalam keadaan demikian, Islam melarang umatnya mendekati atau mengunjungi tempat dilanda wabak yang dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan terhadap individu lain. Malah mereka yang tinggal di penempatan...