IKTIBAR DARI IRAN: COVID-19

BELAJAR DARIPADA IRAN

26 hari yang lepas, Iran adalah sebuah negara yang sihat. Zero case of Covid-19. Hari ini, negara tersebut adalah kawasan wabak ketiga terburuk selepas China dan Italy dengan 16,169 kes, 988 kematian dan peningkatan lebih 1000 kes positif setiap hari.

Apa punca sebenar? Di bawah adalah 3 sebab bagaimana Iran kini berada di tangga kedua dari segi kematian - second only to China



1. Tidak mendengar arahan. Apabila sekolah-sekolah di Tehran ditutup, kebanyakan penduduk Iran memilih untuk berjalan ke utara terutama di sekitar Laut Kaspian. Keadaan ini telah menyebabkan COVID-19 menggila terutama di Wilayah Gilan yang bersempadan dengan Laut tersebut. 92 orang mati dalam masa seminggu termasuk seorang ahli parlimennya, Mohammed Ali Ramezani

2. Tindakan lambat kerajaan pada peringkat awal. Apabila bandar suci Syiah, Qom menerima satu kematian COVID-19 pada akhir Februari, pentadbiran Iran terlalu lambat membuat proses pengenalpastian, pengasingan dan rawatan kepada komuniti terlibat. Pegawai-pegawai kerajaan juga gagal meyakinkan ulamak Syiah untuk mengkuarantin bandar Qom kerana sebarang usaha kuarantin dianggap sebagai penghinaan kepada kubur2 suci ulama syiah di sana.

Hari ini, Qom adalah 'epicenter' COVID-19 di Iran

3. Kehilangan kepercayaan kepada kerajaan. Pentadbiran Iran mengalami trust deficit yang sangat ketara apabila kerap kali mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain. Kehilangan kepercayaan ini menyebabkan sebahagian rakyat tidak mempedulikan sebarang arahan kerajaan termasuk perintah kuarantin.

Betapa kritikalnya keadaan Iran hari ini sehinggakan Minoo Mohraz, Professor di Universiti Perubatan Tehran mengatakan bahawa kuarantin pada saat ini tidak mampu memberi kesan besar kepada penularan virus COVID-19.

Apa yang kita boleh belajar daripada kegagalan Iran?

Untuk rakyat:

1. Dengar arahan. Awak bukan doktor. Kalau kerajaan suruh duduk rumah, awak duduk rumah. Tak nak duduk rumah, pergi duduk dalam kubur

2. Percaya kepada kerajaan walau itu menyakitkan. Anda boleh pangkah parti mana ketika pilihanraya. Tetapi hari ini adalah hari bersatunya sebuah negara. Sebuah tiang tempang, maka negara itu akan runtuh jua

3. Berhenti menyalahkan mana-mana pihak apabila berlaku masalah. Jadilah sebahagian daripada angin yang menenangkan, bukan taufan yang memusnah

Untuk ahli politik:

1. Sekarang bukan musim pilihanraya. Jangan jadi bodo. Clear lid?

Untuk kerajaan:

1. Telus dalam memberi maklumat. Dedah trace setiap mangsa supaya kami boleh bersedia. Kepercayaan rakyat tidak boleh diharap dengan ketaatan buta. 

2. Jangan keluar kenyataan bercanggah. Ia menyusahkan semua orang. Tak ada orang nak berkumpul di balai polis kalau daripada awal diberitahu rentas sempadan hanya diizin dengan syarat terhad.

3. Bekerjasama dengan NGO dan masyarakat awam. Mereka lebih memahami isu dan keresahan rakyat di bawah. Iran tidak mampu mengambil semula kepercayaan rakyat hari ini kerana mereka sendiri daripada awal terlalu menekan masyarakat civil. Ini bukan era kerajaan tahu semua

Kepada Allah kami berserah

-----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?