Subscribe News Feed Subscribe Comments

Solat Jemaah: Antara kesatuan Ummah dan Pecah Belah

Sekian lama menyepi dari dunia blogging, terasa kembali tanggungjawab di arena dakwah online ini perlu diteruskan. Walaupun, terkadang tangan ini bukanlah yang terbaik untuk berada di arena ini..

Kadangkala ada yang mempersoalkan saya dgn soalan ini “mu ni muda dalam berdakwah, jgn berlagak seperti senior”. Tapi hati kecil saya memikirkan semula apakah rasulullah pernah mempersoalkan sahabatnya yang masih muda dalam arena dakwah ketika itu. Saidina Ali k.wj, saidatina Aisyah r.a.h, Zaid b Harithah r.a dan ramai lagi. Bagi saya tiada istilah umur dalam berdakwah. Cukup dia sudah mukallaf, maka tanggungjawab ini sudah pasti tergalas d atas bahunya. Jangan kita meninggi diri dalam mentafsir umur dengan ilmu. Boleh jadi mereka yang muda tinggi ilmunya dari yang tua. Apakah kamu tidak pernah membaca sejarah Ulama’2 terdahulu dalam disiplin ilmu mereka.?

“Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat”

(dikeluarkan oleh Ahmad, Al-bukhari, dan Al-Tirmidzi daripada ‘Abdullah b ‘Amru bin Al-‘Ash Radiyallahu ‘anhu)

Jika kita lihat d mana2 kampus, ramai pelajar2nya ingin menyumbang segenap tenaga mereka untuk Islam, namun persoalan yang wajib ditimbulkan oleh seorg daie adalah, “ Adakah ini cara yang digariskan oleh Islam?” Berapa ramai yang telah merosakkan Islam hanya kerana method dakwah mereka tidak selari dengan Islam. Dimana strateginya? Dimana tanzimya? Di mana Kepimpinannya? Di mana keutamaannya?

Sahabatku… Andai pencuri pun mempunyai strategi dalam mncuri, mereka juga ada liqa’ mereka dlm mrancang satu kecurian. Maka apakah kita disini tidak sedar bahawa perjuangan yang suci ini perlu kepada satu perancangan yang tersusun.

Kurang 3 bulan lagi,maka genaplah 2 tahun saya di sini. Satu jangka masa yang cukup bagi memahami waqi’ dakwah bg seorang yg dhaif ini. Namun sangat menyedihkan dek masalah kesatuan yg tdk pernah slesai.

“usah bicara soal kesatuan andai di Tikar sejadah pun kita tidak mampu bersatu”

Sahabat2…Rasulullah telah mengajar kita bila solat biarlah berjemaah. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda

“ lebihnya solat berjemaah berbnding solat berseorgan ialah sebanyak 27 darjat”

Di mana mahu solat berjemaah? Solatlah di tempat azan dilaungkan di tempat itu. Usah mencipta pelbagai tempat2 lain sdgkan surau induk hanya selangkah. Pernah saya suarakan agar ditutup saja surau blok. Tapi ada yang membangkang krn surau itu perlu bagi mereka yang “tak mampu” utk solat di surau induk. Saya kurang pasti adakah wujud dlm kalangan sahabat2 kita di sini yg sudah mncapai umur emas shgga tidak mampu solat d surau induk. Walaupn begitu, hati saya sejuk krn ada muka2 baru yg sudah mula menunjukkan minat dgn Rumah Allah ini. Tiada yg lebih indah bila dpt solat brjemaah dgn sahabat2 seperjuangan. Kerana disinilah kita mampu bertemu. Kerana disinalah kita akan bersatu.

Ayuh bersatu di tikar sejadah!!

PENGAJARAN DARI KISAH MASJID DHIRAR


KISAH MASJID DHIRAR

Firman Allah;

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون

Maksudnya;
“Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107)

Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib[1].

Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.

Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.

Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.[2]

Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.

Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid

Berkata Ibnu Ishaq : orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.[3]

Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:

“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.

Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : “sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”

Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه

Maksudnya;
“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”

Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.[4]

MORAL DARI KISAH MASJID DHIRAR

Muhammad Ali Bin Muhammad As-Syaukani berkata di dalam kitabnya “fathu al-qadir”;

Sesungguhnya Allah mengkhabarkan, golongan munafiq membina masjid dhirar dengan empat tujuan. Ianya adalah seperti berikut;

(a) Memberi Mudharat kepada orang lain.
(b) Menguatkan golongan munafiq.
(c) Memecah belahkan umat Islam.
(d) Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya.[5]

Melihat kepada tujuan pembinaan masjid Dhirar ini menjelaskan kepada kita betapa munafiqin berusaha untuk menjatuhkan dan memecah belahkan umat Islam dari bersaudara atas nama Islam dan melemah umat Islam dari seluruh aspek kehidupan.
 
minda muslim kelas pertama berkualiti global | TNB