Catatan

SOLATLAH DI RUMAH KAMU, SERU IMAM BESAR MASJIDIL HARAM: COVID-19

Imej
SOLAT DI MANA KAMU BERADA Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Dr Abdul Rahman Bin Abd Aziz As Sudais pada 21 Mac 2020  menyeru semua kaum muslimin di sekitar Makkah untuk bersolat di rumah masing-masing demi menjaga keamanan dan kemaslahatan Masjidil Haram. Perkara itu dinyatakan dalam twitter rasmi @reasahalharamain. Terjemahan teks di atas: "Marilah bersama-sama kami menjaga keamanan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan bersolat di rumah kamu. Semoga Allah menerima amalan kita semua" Seruan ini jelas sekali sejajar dengan usaha yang dijalankan di Malaysia yang turut mengarahkan kesemua masjid ditutup bagi tujuan kawalan pergerakan sejak 5  hari yang lalu. InsyaAllah, bagi yang istiqamah solat jemaah di masjid, moga Allah tetap mengganjarinya walau solat di rumah. آمين يا الله يا ربَّ العالمين. Arab Saudi dalam kenyataan berita pada hari ini turut mengumumkan Perintah Berkurung di seluruh negara itu bermula jam 7 petang hingga 6 pagi pada setiap

123 KES BARU, 2 KEMATIAN PADA HARI KE 5 PKP: COVID-19

Imej
PENURUNAN SEDIKIT JUMLAH KES BARU Penurunan kes baharu pada hari ini memberi sedikit kelegaan namun masih terlalu kecil dan kurang signifikan.  Berikut adalah posting status FB Ketua Pengarah Kesihatan "Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes. Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia" Semoga kita semua terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan. 

KEMATIAN KE 3 DI MALAYSIA: COVID-19

Imej
LAGI KEMATIAN DI MALAYSIA SABAH merekodkan kematian coronavirus pertamanya hari ini, seterusnya menjadikan tiga jumlah bilangan kematian di Malaysia sejak wabak itu. Mangsa terbaru adalah lelaki berusia 58 tahun dari Tawau, yang merupakan sebahagian daripada Kluster Masjid Sri Petaling.

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KKM GESA ORANG RAMAI JUJUR [VIDEO] Pegawai Hospital Labuan dibantu oleh Pegawai Polis untuk mengerahkan seorang bapa kepada ahli tabligh yang POSITIF COVID-19 Saya ingin menggesa orang ramai / pesakit agar jujur   dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka. Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan / atau gejala mereka. Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan. Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat. Saya merayu kepada orang ramai dan pesakit untuk jujur   dan tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami.

[UPDATE] JEMAAH TABLIGH MALAYSIA TAK TERLIBAT

Imej
TABLIGH MALAYSIA TAK TERLIBAT Surat Rasmi di atas yang dikeluarkan oleh Markaz Dakwah dan Tabligh Masjid Seri Petaling menafikan penglibatan jemaah mereka dalam menghantar wakil ke satu ijtima' yang diadakan di Sulawesi, Indonesia.  Jemaah tabligh kini dikhabarkan telah terpecah kepada dua iaitu SA = Syura Alami, group yang buat ijtimak besar-besaran di Sulawesi sekarang dan  MA = Maulana Saad, group yang cenderung kepada kepimpinan Maulana Saad, cucu kepada Maulana Ilyas al-Kandahlawi. Ijtima itu bagaimanapun telah dibatalkan atas arahan pihak berkuasa Indonesia. Jumlah peserta dari Malaysia yang dilaporkan oleh Wisma Putra adalah seramai 89 orang. Pihak Masjid Seri Petaling menafikan wakil mereka hadir dalam ijtima tersebut. Mengikut laporan dari ahli tabligh, mereka yang terlibat adalah dari Kumpulan Tabligh Syura Alami dan tidak memberikan ketaatan terhadap arahan dari Markaz Masjid Seri Petaling. Semoga posting ini memberikan pencerahan kepada

GERAK KERJA #MUSAADAHCOVID19 OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Imej
Satu inisiatif yang amat baik ditunjukkan oleh kerajaan. Semoga ada hasil yang baik untuk semua. 

[TERKINI] IJTIMA TABLIGH AKBAR DUNIA ZON ASIA DIBATALKAN

Terkini.id, Gowa – Pelaksanaan Ijtima Tabligh Akbar Dunia Zona Asia 2020 yang akan digelar di Desa Nirannuang, Kecamatan Bontomarannu, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan pada 20-22 Maret 2020 mendatang akhirnya dibatalkan. Pembatalan tersebut disampaikan langsung oleh Gubernur Sulawesi Selatan dan Bupati Gowa. Gubernur Nurdin Abdullah mengatakan pembatalan itu dilakukan setelah berkoordinasi dengan Kapolri, Kapolda Sulsel dan Bupati Gowa sehingga Ijtimah Jamaah Tabligh yang akan berlangsung besok resmi dibatalkan. “Sebelumnya Ijtima Jamaah Tabligh yang rencananya akan berlangsung di Pakkatto, Kabupaten Gowa yang akan dihadiri oleh ribuan jamaah dari seluruh tanah air termasuk warga negara asing,” tuturnya. Ia juga menyampaikan bahwa sebelum acara dijadwalkan berlangsung, NA telah berkoordinasi dengan Bupati Gowa dan Kapolda Sulsel agar acara tersebut ditunda pelaksanaannya terkait merebaknya virus Covid19 di tanah air, namun ternyata panitia lokal tetap melaksanakan acaranya sehingga rib

83 Rakyat Malaysia Masih Join Ijtima' di Indonesia: COVID-19

Imej
MASIH BERANI KE LUAR NEGARA DALAM SITUASI SEBEGINI Status FB salah seorang peserta yang akan menghadiri Ijtima Dunia Zon Asia 2020 (Dibatalkan) Dalam satu update FB milik Yusuf Umar Abdul Azis, menyatakan terdapat 83 orang rakyat Malaysia yang masih berada di Gowa, Indonesia. Mereka dipercayai sedang menghadiri satu majlis Himpunan beramai-ramai. Namun tak dapat dipastikan apakah itu Himpunan Tabligh ataupun Himpunan lain-lain. Tapi yang peliknya kenapa masih ada rakyat Malaysia yang berani membuat perjalanan ke luar negara dalam saat2 begini. Di Indonesia sahaja mencatatkan 14 kematian pada hari semalam (18 Mac 2020). Diharapkan mereka ini kekal di sana sehingga wabak ini pulih sepenuhnya. Tak payah susah2 balik. PANDANGAN ISLAM TENTANG TRAVEL SEMASA WABAK Dalam keadaan demikian, Islam melarang umatnya mendekati atau mengunjungi tempat dilanda wabak yang dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan terhadap individu lain. Malah mereka yang tinggal di penempatan

COVID-19: 117 kes baharu dicatat hari ini, 80 dari kluster himpunan tabligh

COVID-19: 117 kes baharu dicatat hari ini, 80 dari kluster himpunan tabligh KUALA LUMPUR:  Terdapat 117 kes baharu yang telah dilaporkan setakat 12 tengah hari Rabu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 790 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Rabu, berdasarkan siasatan awal, sebanyak 80 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. 5ehingga kini, seramai 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020, satu warta telah dikeluarkan [P.U.(A) 87 bertarikh 17 Mac 2020] memaklumkan semua negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia telah diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan. Ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). KLIK DI SINI UNTUK SEMUA BERKAI

IKTIBAR DARI IRAN: COVID-19

Imej
BELAJAR DARIPADA IRAN 26 hari yang lepas, Iran adalah sebuah negara yang sihat. Zero case of Covid-19. Hari ini, negara tersebut adalah kawasan wabak ketiga terburuk selepas China dan Italy dengan 16,169 kes, 988 kematian dan peningkatan lebih 1000 kes positif setiap hari. Apa punca sebenar? Di bawah adalah 3 sebab bagaimana Iran kini berada di tangga kedua dari segi kematian - second only to China 1. Tidak mendengar arahan. Apabila sekolah-sekolah di Tehran ditutup, kebanyakan penduduk Iran memilih untuk berjalan ke utara terutama di sekitar Laut Kaspian. Keadaan ini telah menyebabkan COVID-19 menggila terutama di Wilayah Gilan yang bersempadan dengan Laut tersebut. 92 orang mati dalam masa seminggu termasuk seorang ahli parlimennya, Mohammed Ali Ramezani 2. Tindakan lambat kerajaan pada peringkat awal. Apabila bandar suci Syiah, Qom menerima satu kematian COVID-19 pada akhir Februari, pentadbiran Iran terlalu lambat membuat proses pengenalpastian, pengasingan dan rawatan

JANGAN BALIK KAMPUNG!!!

Imej
Tolong JANGAN balik kampung!  Memang susah nak dpat cuti panjang.. tp cuti ni bersebab.. Italy hancur sebab 10,000 orang balik kampung dari kawasan merah sebelum kuarantin dilaksanakan. China dan kemudiannya seluruh dunia jadi teruk sebab 5 juta orang lari keluar dari Wuhan sebelum perintah berkurung berkuatkuasa. JANGAN balik kampung!! JANGAN tinggalkan kawasan anda!! ANDA MUNGKIN ADALAH PENYEBAR VIRUS COVID-19!! Kemungkinan akan berjangkit kepada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, & jiran-jiran yang lain. tak kesian ke kepada mereka?? Orang tua lagi sukar sembuh dan tahap kematian tinggi akibat jangkitan covid-19 adalah daripada golongan berusia kerana mereka lebih lemah. Nabi kata jangan masuk ke kawasan wabak dan jangan keluar dari kawasan wabak. Tolonglah wahai rakyat Malaysia #copynpaste #lockyourselfathome #bataspergerakan

IKTIBAR DARI ITALI: COVID-19

Imej
Salam semua, Kami di Itali - Milan Kami akan berkongsi perjlanan kehidupan di Milan dlm meniti hari-hari yg sukar, dan kami yakin menjadi kewajipan kamu semua belajar dari kesilapan dan hasilnya yg telah kami lalui sekarang. Kini kami sedang melalui suasana kuarantin, tidak keluar ke jln, pihak polis sentiasa mengawasi pergerakan, dan mengenakn (gari) bagi sesiapa yg berada di luar rumah. Semua pekerjaan ditutup, mall, perniagaan, semua jalan tanpa pergerakan. Perasaan sudah melewati seperti penghujung alam. Sekelip mata Itali berubah wajah, seperti berada dalam pepeperangan dan kegelapan. Sesungguhnya ia seperti satu hakikat hidup yang tidak pernah sehari pun saya akan melaluinya. Manusia di milan dlm kesulitan, sedih, lemah, bahkan mereka sedikit pun tidak memahami bagaimna realiti ini dipertangung jawabkan utk mereka lalui, dan bilakah akan berakhir "kabus" ini. KESILAPAN BESAR Namun, kesilapan yg besar adalah di peringkat awal kem

Apa yang patut kita tahu. 17 Mac (SEMALAM)

Imej
[TERKINI] 17 MAC 2020 (SEMALAM) SUMBER: KKM KEMATIAN PERTAMA Kematian pertama telah direkodkan di Sarawak dan Johor.  Kematian 1: Kes 178 adalah kes yang termasuk dalam Kluster Jemaah Tabligh di Sri Petaling.  (Umur 34 tahun) Kematian 2: Kes 358 pula adalah melibatkan seorang warga emas yang mempunyai tahap kesihatan yang agak rendah. ( Umur 60 Tahun ) Peningkatan sebanyak 120 kes kepada 622 Kes. 12 orang dok ICU.  APA NAK BUAT HARI NI?? So, hati2 semua. Tak kira tua atau muda dah ni. Patuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh KKM dari masa ke semasa.  Yang mana CUTI hari ni, duduk je di rumah tu. Tak perlu buat pergerakan jika tiada keperluan mendesak. Tak perlu jadi macam semalam, semua panik untuk balik ke kampung halaman. Semalam dah ramai sangat yang nak pergi ambil borang nak balik rumah tu kenapa? Pelik betul lah. Korang tak tahu ke apa dah jadi di Italy.  PANIC BUYING PENTING! Tak perlu buat panic buying. Tiada keperluan pun nak buat panic

Negeri Darul Taqwa

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimp

Kisah Mengenai Abu Hanzalah bin Ar-Rabie

Sumber dari www.iluvislam.com Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda. Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa amembuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub. Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaik