KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?

Satu persoalan timbul di benak fikiran saya tatkala seorang sahabat memandang isu kenaikan harga 4 in 1 baru-baru ini hanyalah isu politik. Tergelak hati kecil saya membaca komen2 beliau dalam facebook beberapa minggu lepas. Haha.

Pelik+hairan melihatkan statement2 beliau. Saya percaya bukan hanya seorang yang berkata camtu. Cuma die seorang saje yang berani tampil ke hadapan(walaupn d wall facebook) untk menyatakan pndapat. Yang lain2?? Sibuk mengira duit elaun sem dpan kot, termasuklah saye. Huhu.

Secara realiti, semua rakyat terkena tempias kenaikan harga barang ini, lebih2 lagi rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah. Dengan harga gula yg mencecah RM2.10 memang membebankan rakyat Jadi, langsung tak nampak di mane isu politik yang dimainkan. Jika dahulu pemimpin bersusah payah demi kesenangan rakyatnya. Lihat sahaja pemimpin teragung Nabi Muhammad S.A.W yang sanggup mengikat perut sewaktu menggali parit semasa perang khandak, demi semata2 untuk keselamatan kaum muslimin ketika itu.

Semasa di kampus, ssetengah tak rase sgt effect kenaikan harga barang-barang ni. Alasannya?, "saya tak payah pegi beli gula,makan minum kat kafe suda","minyak tak payah beli,gi kuliah naik kaki je pun,haha(tambah2 yang xde kenderaan lgsng)", "lantak la harga gas naik,aku bukannye mmasak pun,kikkiki", "diesel?? Xde kene mngene ngan hidup aku". Mungkin ini yang sdg bermain dlm fikiran sstgah orang. Dan alasan yang paling dahsyat, "rileks,kerajaan bagi kita elaun". Yang ini memang jenis rileks sungguh, die ingat elaun sampai bile2 dapat banyak tu. Ingat! Subsidi kite telah dipotong dengan alasan bodoh, "penyelarasan,penyeragaman" demi mengejar status negara maju. Saya rase tak mustahil,elaun dipotong dengan alasan yg same.

Hakikatnya kenaikan ini telah memberi kesan kepada semua rakyat, termasuk pak cik kampong yang hanye naik gerek (basikal) je untuk ke pasar. Kenape? Sayur yang ade d pasar dibawa dgn lori. Setakat ni,lori di Malaysia lori semuanya pakai diesel. Belum jmpe agi lori gune tenaga hybrid oleh kebanyakan. Jadi harga akan turut naik kerana kenaikan kos operasi yg meningkat. Biasanye orang akan tempah tea o kurang manis,mungkin selepas ni orang akan tempah tea o "no" manis.

Jadi, saya berharap dengan penerangan ringkas dan daif ini mampu menyentap brain neuron semua mahasiswa agar memandang isu ini adalah isu rakyat,isu saudara mara kita,isu ibubapa kita bahkan isu diri kita sendiri. Hidup rakyat semakin tersepit di tengah-tengah kemegahan Petronas Twin Tower dan KL Tower. Sedarlah wahai sahabat2 ku, kita punyai kuasa untuk mengubah keadaan kerana mahasiswa adalah agen perubahan. Sejarah membuktikan bahawa sesebuah kerajaan amat berhati2 dengan kebangkitan 2 golongan, mahasiswa dan keseluruhan rakyat jelata.

Ulasan

  1. mungkin barah "aku xpedulisme" itu sudah berjangkit semudah jangkitan senyuman..papepun,teruskan mnulis..

    BalasPadam
  2. semua orang sepatutnya bijak merancang kewangan, dalam banyak survey yang aku buat rata2 menyimpan wang dari memanipulasikan wang...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas Komen yang di beri

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19