83 Rakyat Malaysia Masih Join Ijtima' di Indonesia: COVID-19

MASIH BERANI KE LUAR NEGARA DALAM SITUASI SEBEGINI







Status FB salah seorang peserta yang akan menghadiri Ijtima Dunia Zon Asia 2020 (Dibatalkan)

Dalam satu update FB milik Yusuf Umar Abdul Azis, menyatakan terdapat 83 orang rakyat Malaysia yang masih berada di Gowa, Indonesia. Mereka dipercayai sedang menghadiri satu majlis Himpunan beramai-ramai. Namun tak dapat dipastikan apakah itu Himpunan Tabligh ataupun Himpunan lain-lain.

Tapi yang peliknya kenapa masih ada rakyat Malaysia yang berani membuat perjalanan ke luar negara dalam saat2 begini. Di Indonesia sahaja mencatatkan 14 kematian pada hari semalam (18 Mac 2020).


Diharapkan mereka ini kekal di sana sehingga wabak ini pulih sepenuhnya. Tak payah susah2 balik.


PANDANGAN ISLAM TENTANG TRAVEL SEMASA WABAK



Dalam keadaan demikian, Islam melarang umatnya mendekati atau mengunjungi tempat dilanda wabak yang dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan terhadap individu lain.

Malah mereka yang tinggal di penempatan terkena musibah juga dilarang keluar daripada kawasan terbabit bagi mengelak penularan.

“Ini berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 dan surah al-Nisa ayat 29.

“Malah dalam hadis Nabi Muhammad SAW ada mengajar mengenai tindakan ‘kuarantin’ supaya penyakit atau wabak tidak tersebar dan hadis itu dibaca oleh Abdul Rahman ‘Auf kepada Khalifah Umar al-Khattab ketika khalifah itu bercadang ke Syam ketika wabak taun sedang merebak.

Apabila mendengar hadis terbabit, Amirul Mukminin Umar al-Khattab membatalkan hasratnya.

Update Terbaru: Ijtima tersebut telah dibatalkan. Peserta sedang dikoordinasi untuk pulang ke negara asal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?