Subscribe News Feed Subscribe Comments

Apa erti kemerdekaan?

Genap 31 ogos ini,maka genaplah juga kemerdekaan Malaysia buat kali yang ke 52. Tetapi apa sebenarnya erti bagi setiap kemerdekaan yang disambut saban tahun?juga apa ertinya persembahan2 kebudayaan setiap kali menyambut kemerdekaan? benarkah negara kita sudah sebenarnya merdeka? Persoalan2 ini sering sahaja menyerang minda remaja saya sejak saya belajar di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Soalan itu tidak pernah terjawab biarpun sudah 19 tahun saya merasai nikmat kemerdekaan di bumi Malaysia ini.

Jika dilihat secara maknawi, maka ternyata laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 Ogos 1957 ada kebenarannya bahawa Inggeris akan meninggalkan tanah air kita. Tapi apa pula yang terjadi pada tanggal 31 Ogos pada tahun ini. Dimanakah kebenaran sebuah kemerdekaan?? Kita seolah2 berada di sebuah tanah milikan orang lain. Manakan tidak jika sehingga hari ini kita masih gagal membentuk sebuah sistem negara hasil dari kita sendiri. Undang-undang rimba yang dihiasi dengan bunga-bunga menjadikan rakyat melihatnya sebagai sesuatu yang indah sehingga ada yang terpengaruh termasuklah pimpinan yang gila kuasa. Kita mampu menghabiskan berbilion2 ringgit semata2 menghantar 'pelancong' ke angkasa lepas tetapi mengapa kita tidak mampu untuk menghabiskan duit bagi mengkaji undang2 yang semakin kalut mengharungi zaman. Terbukti undang2 karya manusia semakin lemah tidak mampu menongkah arus zaman. Saya cukup ingat kata2 Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri ceramahnya dalam suara yang cukup lantang, "ini bukan rule of the law, tapi law of the jungle". Kata2 ini cukup signifikan dengan undang2 rimba ISA (Internal Security Act). Tapi hari ini masih ade lagi yang berbangga dengan undang2 gila ini. Pelik!. Mereka yang ditahan bertahun2 tanpa sebab lalu tidak dibicarakan. Inikah negara Islam ciptaan mereka?! Jika ditelusuri semula sejarah, ramai yang sudah menjadi mangsa undang2 gila ini. Cuma beberapa bulan ini pimpinan cuba menyejukkan keadaan dengan melepaskan beberapa orang atas kepentingan politik kotor mereka.


 

Guru dan peranannya

Sungguh guru kini mempunyai satu peranan dan tanggungjawab yang cukup besar bagi menangani masalah ini. Masalah yang menimpa negara kini memerlukan golongan2 intelektual dalam kalangan pendidik bagi menghalusi perkara ini. Salah satu peranannya ialah dengan mendidik murid2 mereka agar memahami secara sebenar sejarah tanah ini. Banyak sejarah yang telah diseleweng oleh tangan2 yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan tertentu. Perjuangan KMM, AWAS, API dan lain2 lagi yang dianggap sebagai pertubuhan "berhaluan kiri" oleh British sebenarnya adalah pejuang awal sebenar kemerdekaan Tanah Melayu. Tetapi apa yang dicanangkan kepada anak muda sekarang ialah UMNO lah pejuang sebenar kemerdekaan tanah melayu sedangkan mereka sebenarnya hanyalah ditubuhkan untuk menentang Malayan Union pada ketika itu. Banyak lagi peranan lain..InsyaAllah,akan saya kupas pada mase2 akan datang.


 

Kisah seorang GuRu…

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.
Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada
kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,
maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun
kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi
suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan
lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak
akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan
lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang
perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH KWN2 SEMUA..TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..
MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...AMIIINN...

-ini bukanlah karya asal saya,tapi hanya sekadar ingin berkongsi faedahnya-

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."(al-baqarah:183)

setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada pemilik alam raya ini yang telah memanjangkan umur kita untuk terus menikmati berbagai nikmat yang di muka bumi ini. Dan sesungguhnya 2 nikmat yang paling hebat di muka bumi ini ialah nikmat Iman dan Islam. Kerana 2 nikmat ini jualah kita InsyaAllah akan menyambut bulan Ramadhan. Tetapi persoalannya ketika ini adakah kita telah bersedia menghadapinya?apakah dosa2 yang terdahulu dapat menyuluh jalan mencari hidayah Allah?

sepatutnya kita sebagai seorang yang bakal menyambut tetamu yang sangat mulia harus melakukan persediaan yang secukupnya ibarat seorang protokol istana yang mahu mnyambut seorang raja ke sebuah majlis yang ckup hebat. sudah tentu persiapannye juga sangat hebat. Begitu jugalah kita ingin mnyambut Ramadhan yang cukup mulia.

Tetapi apa yang berlaku hari ini cukup asing dan pelik. Sebelum mnyambut Ramadhan kita semakin rancak pula dengan aktiviti2 hiburan. Adakah kita tidak sedar Allah telah menurnkan bala H1N1 pada bulan2 sblumnya supaya kita mmbuat persiapan bagi mnghdapi bulan yang sangat mulia ini. Di kampus saya juga tidak terlepas perkara sebegini. Walaupun pada minggu ini sahaja diadakan 2 ceramah secara berturut2, namun pada hari ini ada pula senam aerobik marathon tanpa henti selama 2 jam lebih. Bukan lah mahu menyangkal tentang kepentingan menjaga kesihatan, tetapi keadaan bercampur bebas antara lelaki dan perempuan ini menjadikan matlamat program iini jauh terpesong daripada yang asal. Inikah persediaan kiita sebelum Rmadhan??Ditambah pula dengan instructornye yang kesemuanya adalah perempuan. Aduuhh... Adakah kita mahu mengundang VIRUS lain?? x cukup lagi dengan H1N1 yang sehingga hari ini telah membunuh 56 orang mangsa?

Mengapa kita tak mahu menghadapi bulan ini dengan penyucian jiwa (tazkiyatun an-nafs). Bulan yang penuh dengan barakah ini menjanjikan pahala yang berganda bagi mereka yang bijak menggunakannya. Bulan inilah digunakan untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan sebagaimana firman Allah S.W.T :-

148. Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (al-baqarah:148)

Namun hal ini tidak berlaku di tanah air kita. Ditambah pula pada tahun ini Sambutan Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan. Apakah pentingnya menyambut kemerdekaan berbanding dengan kesucian Ramadhan al-Mubarak. Sedangkan nasionalisme itu telah jelas tertolak oleh Islam inikan pula mahu menyambutnya. Kakitangan kerajaan dan para pelajar pula dipaksa untuk turut sama terlibat dalam sambutan ini. Inikah sebuah negara2 yang dilaung2kan sebuah negara Islam yang terbaik?

Sambutan Ramadhan mengikut Cara Rasulullah.

Maka beruntunglah bagi mereka yang mengikut sunnah Rasulullah dan menjadikan jejaknya sebagai petunjuk hidupnya. Nabi telah menyambut puasa dengan sambutan yang sangat meriah.

Dalam sebuah hadis, ketika rasulullah melihatkan Hilal:

"Ya Allah! Bulan Ramadan telah mendatangi kami, sedangkan kami dalam keadaan aman dan beriman, serta dalam keadaan sejahtera dan Islam. Wahai hilal (bulan di langit), tuhanku dan tuhanmu adalah Allah. Dan sungguh engkau adalah hilal yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami"

(hadis riwayat ibn hibban)

Alangkah indahnya cara Islam menyambut Ramadhan. Rasulullah menyatakan kepada bulan bahawa "tuhanku dan tuhanmu adalah Allah" ditengah2 kekalutan masyarakata jahiliyah yang masih menyembah bulan, Hadis ini juga menjelaskan bahawa Rasulullah mnyatakan bahawa Bulan bukanlah tuhan tetapi hanyalah makhluk seperti baginda juga.

Pada bulan ini rasulullah telah mengkhususkannya untuk membaca al-quran. Maka para ulama' juga telah mengetahui hal ini. Mereka menghentikan kegiatan-kegiatan mereka seperti memberi fatwa, mengadakan majlis2 perbincangan. Mereka mengambil al-quran dan membacanya.

Pada awal ramadan, Nabi s.a.w selalu menyampaikan kepada umatnya firman tuhan mereka,

"setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya."

(HR Al-bukhari dan Muslim)


Ketika memasuki bulan Ramadan, Rasulullah selalu memperbanyakkan amal kebajikannya. Baginda bersedekah, melakukan perkara2 yang baik, tersenyum ketika bertemu dengan kaum muslimin, menyambung tali silaturrahim dan sebagainya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan Ramadan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik. Bersedia untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik agar kesalahan yang lalu tidak lagi berlaku.

p/s : kepada sahabat2 IPG yang terpaksa pergi ke Putrajaya, ayuh kita gegarkan Putrajaya dengan amalan2 di bulan puasa. Biarpun dipaksa kita tetap berjuang..Semoga yang haq tetap teguh menjatuhkan yang batil.






Kem Mahasiswa Islam Lestari PMIUSM

alhamdulillah...

dapat gak selesaikan Kem Mahasiswa Islam Lestari PMIUSM yang telah dibuat pada . Tq to akhi hisyamuddin(dlm pic) coz invite kiteorang ke program ni. Program ni dibuat sebagai pengenalan kepada pelajar USM tentang PMI di sane. Tapi ana menmpang je la.hihi..tu pun sbb ade orang jemput. Anyway, mostly programnyer outdoor. Antarenyer survival,night-walk, and yang paling bes among the best ialah 'cross lake'..huhu. Tapi yang rase cam kureng tepat ckit ialah penglibatan "terlampau" JPA3.huhu.. Grup ana la kene teruk, grup 1. So kepada grup satu wat relexsz2 dah la.. Mase tu mmg letih giler. Night-walk start dari pukul 3 pagi sampai 6.30 am. Amacam??ganas x? Ni bukan keje PMI tapi keje mamat2 n minah2 x bertamadun JPA. Sampai muke ana kene sapu ngan gris trus.huhu.. Tp gambarnye xde coz cameraman pn kne skali.

gambar kat atas tu la akhi hisyamuddin (exco PMI)


<-----Ni la kem komandan kami..abg badrul. Young Officer Navy
Army tu...anyway still student USM. bukan orang luar.


Alhamdulillah dapat jugak ana berkenalan dengan sahabat2 seperjuangan dari kampus Usm. Tambah2 plak ipgm ana ni mmg dekat dgn kampus diorg. Moga lepas ni dapat lebih bekerjasama dalam usaha nak membentuk sebuah ipgm yang bukan saje hanye melahirkan guru tapi sang murabbi yang sedia memperjuangkan Islam dalam mendidik anak2 Islam..jom kite tgk aksi2 peserta n urusetia sume..




<--siap sedia untuk didenda..huhu.zahari lead kat depan skali .





mase tgh survival dalam hutan.dari kiri syuk(roomate),ariff(co-roomate),abg roqi(fasi kteorg kt sne)n ana.


ni mase nk cross-lake.muslimat tgh wat water-confidence.

ni YDP pmiusm.akhi hanif tgh conduct program perang2.

ni plak kak zuraidah(bertudung putih. nydp pmiusm.termenung mmikirkan life-jacket yg bakal dipakai..

rileks bang..jangan tension2 sampai hentak kepale.huhu.

kak musliha dgn gayenye tersendiri...

"orang munafiq lelaki dan perempuan sebahaian dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyeru kepada kemungkaran dan melarang daripada yang makruf."

at-Taubah:ayat 67

semoga kita tidak tergolong dalam golongan demikian dan terus berjuang dalam menegakkan agama Islam deen yang suci ini..

Ayuh..MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.





tempat baru lagi

salam semua..

alhamdulillah, skrg ana dah bertkar ke institut pendidikan guru malaysia kampus pulau pinang. Baru2 ni memang x sempat nk update blog coz terlampau sibuk. Then lepas tu laptop plak akak pinjam,so skrg la baru smpat nk update. Sekarang ni pun dalam bas nak ke Empangan Beris, Sik Kedah untuk satu kem mahasiswa islam anjuran PMIUSM. Sebenarnya x sampai 2 minggu pun dok kat KUIN pastu dapat offer dari ipgm. Anyway, semoga Allah sentiasa meletakkan lah dalam keadaan yg terbaik.

suasana kat ipgm ni memang jauh berbeza kalau nk dibandingkan dgn suasana kat KUIN dlu. Ye lah, lagipn kat sini sumenye menuju satu matlamat...CIKGU.hehe. Aku sendiri pun x sangka tiba2 ditaqdirkan jadi seorang guru. Dulu cita2 macam2. Mula2 sekali mase kecik nak jadi tentera. Pastu tiba2 nak jadi pemandu kereta api,yang ni memang lawak..sebab mase tu selalu balik Thailand naik keteapi.

Lepas SPM masuk ke matrik cadangnye nak jadi pharmacist or doktor. Tapi akhirnya masuk ke Institut perguruan. Mase tu terasa lemahnye kite nak merancang hidup kite sendiri pn x mampu.akhirnye Allah juga yang menetapkan sesuatu atas qudrah dan iradahnya.





 
minda muslim kelas pertama berkualiti global | TNB