Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Negeri Darul Taqwa

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimp

Kisah Mengenai Abu Hanzalah bin Ar-Rabie

Sumber dari www.iluvislam.com Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda. Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa amembuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub. Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaik

Solat Jemaah: Antara kesatuan Ummah dan Pecah Belah

Sekian lama menyepi dari dunia blogging, terasa kembali tanggungjawab di arena dakwah online ini perlu diteruskan. Walaupun, terkadang tangan ini bukanlah yang terbaik untuk berada di arena ini.. Kadangkala ada yang mempersoalkan saya dgn soalan ini “mu ni muda dalam berdakwah, jgn berlagak seperti senior”. Tapi hati kecil saya memikirkan semula apakah rasulullah pernah mempersoalkan sahabatnya yang masih muda dalam arena dakwah ketika itu. Saidina Ali k.wj, saidatina Aisyah r.a.h, Zaid b Harithah r.a dan ramai lagi. Bagi saya tiada istilah umur dalam berdakwah. Cukup dia sudah mukallaf, maka tanggungjawab ini sudah pasti tergalas d atas bahunya. Jangan kita meninggi diri dalam mentafsir umur dengan ilmu. Boleh jadi mereka yang muda tinggi ilmunya dari yang tua. Apakah kamu tidak pernah membaca sejarah Ulama’2 terdahulu dalam disiplin ilmu mereka.? “Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat” (dikeluarkan oleh Ahmad, Al-bukhari, dan Al-Tirmidzi daripada ‘Abdullah b ‘A

PENGAJARAN DARI KISAH MASJID DHIRAR

KISAH MASJID DHIRAR Firman Allah; والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون Maksudnya; “Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107) Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib [1] . Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w