Subscribe News Feed Subscribe Comments

Realiti sebuah kejayaan...

Sebenarnya ni artikel yang sepatutnya dimuatkan dalam keluaran terakhir Soutul Muttaqin(risalah mingguan Surau Al-Muttaqin,Kolej Matrikulasi Pahang) tapi tak sempat disebabkan kesalahan teknikal di bahagian percetakan. Jadi, publish kat sini je lah.




ASSALAMUALAIKUM…

Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kepada pemilik alam raya ini, Allah SWT. Selawat sejahtera semoga selalu tersampaikan kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, beserta keluarga, sahabat, dan sekelian mukminin dan mukminat. Sekalung apresiasi kepada warga kerja editorial Soutul Muttaqin atas kejayaan menerbitakan risalah ini sehinggalah ke edisi terakhir kali ini.


Elemen ketaqwaan kepada Allah perlulah diselaraskan bersama-sama dengan kejayaan dalam pelajaran sehinggalah dalam kehidupan sebagai seorang manusia. Manusia pada hari ini telah jauh lari dalam mengejar kehidupan dunia yang hanya sementara. ‘Modal Insan’ yang dilaung-laungkan hanya tinggal kata-kata manis menyedapkan telinga. Pelajar yang lahir dari pusat-pusat pengajian tinggi mempunyai kepakaran dalam bidangnya malangnya melanggar syariat dalam pelaksanaan pekerjaannya, akibat tiada rasa takut kepada hukum Allah yang masih gagal dilaksanakan hari ini.


Maka tidak hairanlah jika kita lihat pada hari ini ramai cerdik pandai malah dalam kalangan pemimpin sendiri yang terlibat dalam najis rasuah,skandal dan berbagai lagi gejala-gejala yang tidak bermoral yang tidak layak bagi seorang yang bergelar “manusia”. Mereka ini jauh lebih hina dari binatang ternakan sebagaimana firman Allah:



Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. (al-A’raf:179).



Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua warga Kolej Matrikulasi Pahang, para pensyarah, pelajar serta semua kakitangan pengurusan kolej yang turut sama membantu dalam segenap aspek dalam membangunkan Islam di bumi bertuah ini. Wassalam.


Pengerusi Surau Al-Muttaqin

hasbullahisa@yahoo.co.uk


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

bagus

Catat Ulasan

Terima Kasih atas Komen yang di beri

 
minda muslim kelas pertama berkualiti global | TNB