Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."(al-baqarah:183)

setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada pemilik alam raya ini yang telah memanjangkan umur kita untuk terus menikmati berbagai nikmat yang di muka bumi ini. Dan sesungguhnya 2 nikmat yang paling hebat di muka bumi ini ialah nikmat Iman dan Islam. Kerana 2 nikmat ini jualah kita InsyaAllah akan menyambut bulan Ramadhan. Tetapi persoalannya ketika ini adakah kita telah bersedia menghadapinya?apakah dosa2 yang terdahulu dapat menyuluh jalan mencari hidayah Allah?

sepatutnya kita sebagai seorang yang bakal menyambut tetamu yang sangat mulia harus melakukan persediaan yang secukupnya ibarat seorang protokol istana yang mahu mnyambut seorang raja ke sebuah majlis yang ckup hebat. sudah tentu persiapannye juga sangat hebat. Begitu jugalah kita ingin mnyambut Ramadhan yang cukup mulia.

Tetapi apa yang berlaku hari ini cukup asing dan pelik. Sebelum mnyambut Ramadhan kita semakin rancak pula dengan aktiviti2 hiburan. Adakah kita tidak sedar Allah telah menurnkan bala H1N1 pada bulan2 sblumnya supaya kita mmbuat persiapan bagi mnghdapi bulan yang sangat mulia ini. Di kampus saya juga tidak terlepas perkara sebegini. Walaupun pada minggu ini sahaja diadakan 2 ceramah secara berturut2, namun pada hari ini ada pula senam aerobik marathon tanpa henti selama 2 jam lebih. Bukan lah mahu menyangkal tentang kepentingan menjaga kesihatan, tetapi keadaan bercampur bebas antara lelaki dan perempuan ini menjadikan matlamat program iini jauh terpesong daripada yang asal. Inikah persediaan kiita sebelum Rmadhan??Ditambah pula dengan instructornye yang kesemuanya adalah perempuan. Aduuhh... Adakah kita mahu mengundang VIRUS lain?? x cukup lagi dengan H1N1 yang sehingga hari ini telah membunuh 56 orang mangsa?

Mengapa kita tak mahu menghadapi bulan ini dengan penyucian jiwa (tazkiyatun an-nafs). Bulan yang penuh dengan barakah ini menjanjikan pahala yang berganda bagi mereka yang bijak menggunakannya. Bulan inilah digunakan untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan sebagaimana firman Allah S.W.T :-

148. Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (al-baqarah:148)

Namun hal ini tidak berlaku di tanah air kita. Ditambah pula pada tahun ini Sambutan Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan. Apakah pentingnya menyambut kemerdekaan berbanding dengan kesucian Ramadhan al-Mubarak. Sedangkan nasionalisme itu telah jelas tertolak oleh Islam inikan pula mahu menyambutnya. Kakitangan kerajaan dan para pelajar pula dipaksa untuk turut sama terlibat dalam sambutan ini. Inikah sebuah negara2 yang dilaung2kan sebuah negara Islam yang terbaik?

Sambutan Ramadhan mengikut Cara Rasulullah.

Maka beruntunglah bagi mereka yang mengikut sunnah Rasulullah dan menjadikan jejaknya sebagai petunjuk hidupnya. Nabi telah menyambut puasa dengan sambutan yang sangat meriah.

Dalam sebuah hadis, ketika rasulullah melihatkan Hilal:

"Ya Allah! Bulan Ramadan telah mendatangi kami, sedangkan kami dalam keadaan aman dan beriman, serta dalam keadaan sejahtera dan Islam. Wahai hilal (bulan di langit), tuhanku dan tuhanmu adalah Allah. Dan sungguh engkau adalah hilal yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami"

(hadis riwayat ibn hibban)

Alangkah indahnya cara Islam menyambut Ramadhan. Rasulullah menyatakan kepada bulan bahawa "tuhanku dan tuhanmu adalah Allah" ditengah2 kekalutan masyarakata jahiliyah yang masih menyembah bulan, Hadis ini juga menjelaskan bahawa Rasulullah mnyatakan bahawa Bulan bukanlah tuhan tetapi hanyalah makhluk seperti baginda juga.

Pada bulan ini rasulullah telah mengkhususkannya untuk membaca al-quran. Maka para ulama' juga telah mengetahui hal ini. Mereka menghentikan kegiatan-kegiatan mereka seperti memberi fatwa, mengadakan majlis2 perbincangan. Mereka mengambil al-quran dan membacanya.

Pada awal ramadan, Nabi s.a.w selalu menyampaikan kepada umatnya firman tuhan mereka,

"setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya."

(HR Al-bukhari dan Muslim)


Ketika memasuki bulan Ramadan, Rasulullah selalu memperbanyakkan amal kebajikannya. Baginda bersedekah, melakukan perkara2 yang baik, tersenyum ketika bertemu dengan kaum muslimin, menyambung tali silaturrahim dan sebagainya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan Ramadan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik. Bersedia untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik agar kesalahan yang lalu tidak lagi berlaku.

p/s : kepada sahabat2 IPG yang terpaksa pergi ke Putrajaya, ayuh kita gegarkan Putrajaya dengan amalan2 di bulan puasa. Biarpun dipaksa kita tetap berjuang..Semoga yang haq tetap teguh menjatuhkan yang batil.






Ulasan

  1. salam.
    tahniah coz nta b'jaya buat blog yg p,isianny amat2 bagus. jarg ana jmpe org yg nk bg p'isian dalm blog.ape pn teruskn usaha nta n tggjwb nta sbg seorg hafiz dlm m'yebarkn dakwah. semoga setiap apa yg nta lakukn m'dapat rahmat drpd-Nya. Allahumma amin!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas Komen yang di beri

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?