Apa erti kemerdekaan?

Genap 31 ogos ini,maka genaplah juga kemerdekaan Malaysia buat kali yang ke 52. Tetapi apa sebenarnya erti bagi setiap kemerdekaan yang disambut saban tahun?juga apa ertinya persembahan2 kebudayaan setiap kali menyambut kemerdekaan? benarkah negara kita sudah sebenarnya merdeka? Persoalan2 ini sering sahaja menyerang minda remaja saya sejak saya belajar di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Soalan itu tidak pernah terjawab biarpun sudah 19 tahun saya merasai nikmat kemerdekaan di bumi Malaysia ini.

Jika dilihat secara maknawi, maka ternyata laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 Ogos 1957 ada kebenarannya bahawa Inggeris akan meninggalkan tanah air kita. Tapi apa pula yang terjadi pada tanggal 31 Ogos pada tahun ini. Dimanakah kebenaran sebuah kemerdekaan?? Kita seolah2 berada di sebuah tanah milikan orang lain. Manakan tidak jika sehingga hari ini kita masih gagal membentuk sebuah sistem negara hasil dari kita sendiri. Undang-undang rimba yang dihiasi dengan bunga-bunga menjadikan rakyat melihatnya sebagai sesuatu yang indah sehingga ada yang terpengaruh termasuklah pimpinan yang gila kuasa. Kita mampu menghabiskan berbilion2 ringgit semata2 menghantar 'pelancong' ke angkasa lepas tetapi mengapa kita tidak mampu untuk menghabiskan duit bagi mengkaji undang2 yang semakin kalut mengharungi zaman. Terbukti undang2 karya manusia semakin lemah tidak mampu menongkah arus zaman. Saya cukup ingat kata2 Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri ceramahnya dalam suara yang cukup lantang, "ini bukan rule of the law, tapi law of the jungle". Kata2 ini cukup signifikan dengan undang2 rimba ISA (Internal Security Act). Tapi hari ini masih ade lagi yang berbangga dengan undang2 gila ini. Pelik!. Mereka yang ditahan bertahun2 tanpa sebab lalu tidak dibicarakan. Inikah negara Islam ciptaan mereka?! Jika ditelusuri semula sejarah, ramai yang sudah menjadi mangsa undang2 gila ini. Cuma beberapa bulan ini pimpinan cuba menyejukkan keadaan dengan melepaskan beberapa orang atas kepentingan politik kotor mereka.


 

Guru dan peranannya

Sungguh guru kini mempunyai satu peranan dan tanggungjawab yang cukup besar bagi menangani masalah ini. Masalah yang menimpa negara kini memerlukan golongan2 intelektual dalam kalangan pendidik bagi menghalusi perkara ini. Salah satu peranannya ialah dengan mendidik murid2 mereka agar memahami secara sebenar sejarah tanah ini. Banyak sejarah yang telah diseleweng oleh tangan2 yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan tertentu. Perjuangan KMM, AWAS, API dan lain2 lagi yang dianggap sebagai pertubuhan "berhaluan kiri" oleh British sebenarnya adalah pejuang awal sebenar kemerdekaan Tanah Melayu. Tetapi apa yang dicanangkan kepada anak muda sekarang ialah UMNO lah pejuang sebenar kemerdekaan tanah melayu sedangkan mereka sebenarnya hanyalah ditubuhkan untuk menentang Malayan Union pada ketika itu. Banyak lagi peranan lain..InsyaAllah,akan saya kupas pada mase2 akan datang.


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?