Masa Lapang Yang Membunuh…

Assalamualaikum..

Syukran kepada ukhti thoyyibamurshidah yang menyedarkan daku tentang keadaan blog yang semakin usang ini. Sungguh kehidupan pada akhir semester ini agak sibuk. Tetapi jika mahu dibandingkan kehidupan di matrik jauh lebih sibuk jika mahu dibandingkan dengan keadaan di sini. Mungkin juga kerana sudah hilang keberkatan pada waktu lantaran terlalu banyak melakukan perkara yang tidak berfaedah.


"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-Asr:1-3)

Maka benarlah firman Allah S.W.T yang telah bersumpah dengan masa. Hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sahaja telah menduduki kedudukan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada mereka yang berusaha bersama membawa panji-panji Islam ke seantero dunia demi menegakkan kembali daulah Islamiyah.

Wahai Pemuda-pemuda Islam,

Aku sebenarnya cukup bimbang dengan diriku dan juga kalian semua kerana terlalu asyik dengan kelapangan masa yang diberikan Allah itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Kadangkala waktu lapang inilah yang telah menjadikan kita semua semakin lalai dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Kita lupa bahawa satu hari nanti kita akan dimatikan lalu dimasukkan ke dalam kubur lalu akan ditanyakan tentang segala amalan kita.

Wahai pemuda-pemuda Islam,

Lupakah kalian terhadap perjuangan-perjuangan yang pernah dititipkan oleh Rasulullah demi mahu menyampaikan Islam di seluruh muka bumi ini?. Lupakah kalian bahawa perjuangan menegakkan Islam ini telah disambung oleh semua pejuang-pejuang Islam yang seterusnya?. Nama-nama seperti Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna, Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Ar-Rantissi telah lama meninggalkan kita.

"masa yang ada pada kalian sedikit sedangkan tanggungjawab yang ada pada kalian lebih banyak daripada masa tersebut, maka gunalah masa tersebut sebaiknye untuk perkara yang berfaedah" (Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna)

Masih aku ingat kata Naqibku sewaktu program usrah denganya "hanya mereke yang menegakkan Islam dalam dirinye akan merasai Islam tersebut" katanya sewaktu mengulas buku Usrah dan Dakwah, Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Demikianlah saudara-saudara seIslamku. Diri ini amat mengharap agar kalian bersamaku kembali bangkit menyemai semula benih-benih perjuangan di Bumi ALLAH ini. Aku khususkan coretan ringkas ini buat sahabat-sahabat seusrahku di IPGM kampus Pulau Pinang dan juga kepada semua penggerak Islam di bumi IPGM ini.Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian..Perubahan pasti akan berlaku di bumi ini. TAKBIRR!!

Terima kasih buat Naqibku kerana banyak mencurahkan ilmu kepadaku walaupun seketika. Semoga terus menerus dalam kerja dakwah ini.

Wassalamualaikum warahmatullah…






-pic mase kat taman tun..tym sarapan ngan geng2 usrah. Tq to akhi izuan coz alwayz sponsor kete untuk kteorang..:-)

Ulasan

  1. gud job...ajar geng2 usrah wat blog sama

    BalasPadam
  2. ana setuju sangat2 akhi.bila terasa lapang sangat,buntu rasanya.mundar mandir tanpa arah.sementelahan di sini kurang program2 luar yang boleh ana join sekali.memang ada rancang program waktu cuti,tp...mungkin sebab sendirian,kawan2 pun tak ramai yang tgh bercuti...Semoga kita semua tak mensia2kan nikmat yg sering manusia lupakan ni,masa lapang n kesihatan yg baik.
    -la ni akhi blaja kt mane ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas Komen yang di beri

Catatan popular daripada blog ini

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?