Pelaksanaan Judi Untuk Memperjudikan Islam

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Bersyukur kepada Allah lantaran diberikan masa bagi saya mencoret sedikit artikel sebagai respon kepada Kerajaan Malaysia yg telah meluluskan lesen Perjudian Bola Sepak Piala Dunia 2010. Menjadi satu perkara yang sangat mengaibkan apabila seorang yang zahirnya mengaku beragama Islam tetapi gagal memanifestasikan Islam dalam kehidupan seharian. Apakah bahana yang telah menimpa umat Islam apabila judi yang secara terang-terangan haram kini dihalalkan oleh sebuah kerajaan yang ditunjang oleh parti Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Mari kita lihat maksud firman Allah dalam Al-Quran


"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan"
(Al Maidah:90)


 Jelas, terang lagi bersuluh judi ini haram dan haram hukumnya bagi orang Islam melibatkan diri dengan perkara seumpamanya. Alasan mengatakan bahawa lesen 'judi halal' dikeluarkan bagi membendung 'judi haram' berlaku tanpa kawalan adalah 'ajaran sesat' yang setaraf dengan Ayah Pin. Apa lagi yang lebih menghina Islam apabila menghalalkan perkara yang haram.


 Sahabat2ku, cuba kita fikirkan jika kerajaan yang sama terus berada di takhta maka tidak mustahil jika selepas ini 'seks bebas berlesen' dilaksanakan kerana ingin membendung 'seks bebas haram'. Kemudian lahir pula selepas itu 'anak haram berlesen'. Natijahnya, lahirlah sebuah masyarakat 1Malaysia yang porak peranda.


 Saya akhiri artikel ringkas ini dengan sebuah hadis sahih;-


 Yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat yg tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yg menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan barangsiapa yg terjerumus dalam syubhat maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa tiap raja mempunyai tanah larangan dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adl hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah dia itu adl hati.

{HR. Bukhari}

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masa Lapang Yang Membunuh…

[VIDEO] MASIH ADA YANG BERDEGIL: COVID-19

KENAIKAN HARGA BARANG: ISU RAKYAT ATAU ISU POLITIK?