Apa erti kemerdekaan?
Genap 31 ogos ini,maka genaplah juga kemerdekaan Malaysia buat kali yang ke 52. Tetapi apa sebenarnya erti bagi setiap kemerdekaan yang disambut saban tahun?juga apa ertinya persembahan2 kebudayaan setiap kali menyambut kemerdekaan? benarkah negara kita sudah sebenarnya merdeka? Persoalan2 ini sering sahaja menyerang minda remaja saya sejak saya belajar di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Soalan itu tidak pernah terjawab biarpun sudah 19 tahun saya merasai nikmat kemerdekaan di bumi Malaysia ini. Jika dilihat secara maknawi, maka ternyata laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 Ogos 1957 ada kebenarannya bahawa Inggeris akan meninggalkan tanah air kita. Tapi apa pula yang terjadi pada tanggal 31 Ogos pada tahun ini. Dimanakah kebenaran sebuah kemerdekaan?? Kita seolah2 berada di sebuah tanah milikan orang lain. Manakan tidak jika sehingga hari ini kita masih gagal membentuk sebuah sistem negara hasil dari kita sendiri. Undang-undang rimba yang dihi...