Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Masa Lapang Yang Membunuh…

Imej
Assalamualaiku m.. Syukran kepada ukhti thoyyibamurshidah yang menyedarka n daku tentang keadaan blog yang semakin usang ini. Sungguh keh idupan pada akhir semester ini agak sibuk. Tetapi jika mahu dibandingkan kehidupan di matrik jauh lebih sibuk jika mah u dibandingkan dengan keadaan di sini. Mungkin juga kerana sudah hilang keberkatan pada waktu lantaran terlalu banyak melakukan perkara yang tidak berfaedah. "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu bena r-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati k ebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (A l-Asr:1-3) Maka benarlah firman Allah S.W.T yang telah bersumpah dengan m asa. Hanya orang-orang yang beriman dan beram al soleh itu sahaja telah menduduki kedudukan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada mereka yang berusaha bersama membawa panji-panji Islam ke seantero dunia demi menegakkan kembali daulah Islamiyah. Wahai Pemuda-pemuda Is...

Perkara 512: Dimana Jati Diri Perlembagaan Malaysia??

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana memberi peluang untuk kembali mencoret sedikit pendapat didalam blog ini. Tentu ramai yang memikirkan tulisan ini tentu saja mahu menghentam kerajaan. Sebelum anda mulai membacanya, tukar dahulu pemikiran anda bahawa tulisan ini hanyalah mahu menerangkan kecelaruan sebenar terhadap Federal Constitution of Malaysia (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.   Saya berasa amat terkejut baru-baru ini. Kadang2 terasa seperti hendak tergelak. Kenapa kerajaan beria2 sangat nak melaksanakan 'bulan bahasa'?. Sedangkan dasar kontroversi 'PPSMI' masih lagi belum ada jawapan disebalik dolak-dalik kerajaan berhubung pemansuhannya. Timbalan Perdana Menteri Malaysia secara tiba2 menjadi "hero" bagi bulan bahasa pada tahun ini apabila mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan dan semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sep...

Apa erti kemerdekaan?

Genap 31 ogos ini,maka genaplah juga kemerdekaan Malaysia buat kali yang ke 52. Tetapi apa sebenarnya erti bagi setiap kemerdekaan yang disambut saban tahun?juga apa ertinya persembahan2 kebudayaan setiap kali menyambut kemerdekaan? benarkah negara kita sudah sebenarnya merdeka? Persoalan2 ini sering sahaja menyerang minda remaja saya sejak saya belajar di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Soalan itu tidak pernah terjawab biarpun sudah 19 tahun saya merasai nikmat kemerdekaan di bumi Malaysia ini. Jika dilihat secara maknawi, maka ternyata laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 Ogos 1957 ada kebenarannya bahawa Inggeris akan meninggalkan tanah air kita. Tapi apa pula yang terjadi pada tanggal 31 Ogos pada tahun ini. Dimanakah kebenaran sebuah kemerdekaan?? Kita seolah2 berada di sebuah tanah milikan orang lain. Manakan tidak jika sehingga hari ini kita masih gagal membentuk sebuah sistem negara hasil dari kita sendiri. Undang-undang rimba yang dihi...

Kisah seorang GuRu…

Imej
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum k...

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..

Imej
“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang s e belum kamu agar kamu bertakwa. " (al-baqarah:183) setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada pemilik alam raya ini yang telah memanjangkan umur kita untuk terus menikmati berbagai nikmat yang di muka bumi ini. Dan sesungguhnya 2 nikmat yang paling hebat di muka bumi ini ialah nikmat Iman dan Islam. Kerana 2 nikmat ini jualah kita InsyaAllah akan menyambut bulan Ramadhan. Tetapi persoalannya ketika ini adakah kita telah bersedia menghadapinya?apakah dosa2 yang terdahulu dapat menyuluh jalan mencari hidayah Allah? sepatutnya kita sebagai seorang yang bakal menyambut tetamu yang sangat mulia harus melakukan persediaan yang secukupnya ibarat seorang protokol istana yang mahu mnyambut seorang raja ke sebuah majlis yang ckup hebat. sudah tentu persiapannye juga sangat hebat. Begitu jugalah kita ingin mnyambut Ramadhan yang cukup mulia. Tetapi apa yang ...

Kem Mahasiswa Islam Lestari PMIUSM

Imej
alhamdulillah... dapat gak selesaikan Kem Mahasiswa Islam Lestari PMIUSM yang telah dibuat pada . Tq to akhi hisyamuddin(dlm pic) coz invite kiteorang ke program ni. Program ni dibuat sebagai pengenalan kepada pelajar USM tentang PMI di sane. Tapi ana menmpang je la.hihi..tu pun sbb ade orang jemput. Anyway, mostly programnyer outdoor. Antarenyer survival,night-walk, and yang paling bes among the best ialah 'cross lake'..huhu. Tapi yang rase cam kureng tepat ckit ialah penglibatan " terlampau " JPA3.huhu.. Grup ana la kene teruk, grup 1. So kepada grup satu wat relexsz2 dah la.. Mase tu mmg letih giler. Night-walk start dari pukul 3 pagi sampai 6.30 am. Amacam??ganas x? Ni bukan keje PMI tapi keje mamat2 n minah2 x bertamadun JPA. Sampai muke ana kene sapu ngan gris trus.huhu.. Tp gambarnye xde coz cameraman pn kne skali. gambar kat atas tu la akhi hisyamuddin (exco PMI ) Ni la kem komand an kami..abg badrul. Young Officer Navy Army tu...anyway still student USM. buk...